Minggu, 20 Mei 2012

Kisah Cinta 100 Hari

0 komentar

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan
apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang
lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih
yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single
mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan
berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “

Salleh : “Errr? Permainan apa? “

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku
jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk
beberapa bulan nie. “

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat
sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana
sekarang? “

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah
cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap
citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke
yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke
dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di
kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu
membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh
membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye,
seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka
memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka
beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas
jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit
kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit
tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah
menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam
pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir
angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi
Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ).
Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk
Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai
timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik.
Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat
meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di
The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati
pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi
kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar
bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive
player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri
Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk
“Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu
bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang
ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru
kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka
melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan
tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki
mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin
berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang
jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu…
sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil
berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di
sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green
Tea”; You nak minum apa? “

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling
bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau
lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali
juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh
dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya
macam temanmu tadi “

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang
panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah
darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan
dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan.
Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik
kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh
bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik.
Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput.
Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah
kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk
melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk
disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat.
Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang
sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah
matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha
untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang
telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak
dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa
kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam
hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam
lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang
hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang
jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi
cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan
berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku
sangat sayang padamu.

0 komentar:

Poskan Komentar